WANITA...Akal Senipis Rambutnya
JANGANKAN Lelaki biasa,Nabi pun sunyi apa wanita,
Tanpa mereka fikiran dan perasaan lelaki akan mati,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam SYURGA?
Namun Adam tetap rindukan Hawa...
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus...
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskan wanita dengan JALAN yang ditunjukkan oleh ALLAH...
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh ALLAH,
Didiklah mereka dengan panduan daripada-NYA,
JANGANLAH CUBA MENJINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
kerana nantinya mereka akan liar,
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
kerana nantinya mereka akan sendiri derita.
Kenalkan mereka dengan zat ALLAH,
Di situ punca kekuatan dunia.....
Akal senipis rambutnya...Tebalkan dengan Ilmu,
Hati separuh kaca.. Kuatkan dengan Iman,
Perasaan selembut sutera...Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya,
mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan,
Bisikkan ke telinga merek.....
Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya,Di situlah kasih dan sayang Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan,
Tanpa iman,Ilmu dan akhlak
mereka tidak akan lurus....
Bahkan akn semakin bengkok
Itulah akibatnya ramai wanita tidak kenal Tuhannya...
Apabila wanita menjadi derhaka
Pasti dunia lelaki menjadi huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan wanita..
tetapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi....
Pimpinlah diri kepadanya.
Jinakkanlah diri kepada ALLAH...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu..
JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZZAHRA ANDAI DIRIMU TIDAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH..........